Saturday, April 21, 2012

Pembunuh Paling Kejam!!!

Baru mengetahui kamu pembunuh!
Pembunuh paling kejam!
Kejam lagi dari membunuh manusia.
Kejam lagi dari membunuh binatang.

Separuh sedar dalam mamai. Perlu hati kukuh berkoloberasi bersama otak. Kamu musnahkan segala-galanya. Kamu rosakkan segala-galanya. Kenapa terlalu lemah? Kenapa terlalu penakut? Kamu sudah membenarkan apa yang salah. Ini silap kamu yang kamu sendiri tidak menyedarinya. Bagunlah wahai manusia sedarkan hati segarkan minda dari menjadi kotak hitam yang akan dilempar dan dicampak di dalam bakul yang dipanggil sampah. Sampah itu busuk. Tiada siapa yang menginginkan benda yang busuk dan jijik.
Mengertilah wahai manusia hidup ini hanya sekali...dan sekali...dan kekal sekali buat selama-lamanya...
Hanya sekali sahaja kamu akan tempuhi, hanya sekali sahaja kamu merasanya, hanya sekali sahaja...sekali dan tiada dua kali...
Kamu tahu bukan hakikat itu. Jangan bila sudah tersungkur baru nak tergadah kerana bila sudah tersungkur kamu pasti akan digelakkan oleh dunia di atas kebodohan diri sendiri yang akan buat kamu menyesal. Pasti kamu akan merasa hilang didunia lagi baik dari terus digelakkan oleh manusia yang hanya tahu menilai luaran dan tidak mengetahui dalaman diri kamu itu.

Bangkitlah manusia.
Bangkitlah insan.
Hidup jangan disalah tekan.
Hidup jangan disalah picit.
Bila salah kamu akan menanggung akibat.
Bila salah kamu akan menaggung kekesalan.



Hati manusia...

formula aku_ yang kusut perlu dilerai dan yang hitam perlu diputihkan...

Thursday, April 12, 2012

Sesuatu Yang Sukar Bukan Wahai Hati.

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah.
Taubatku ini.....
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah.
Taubatku ini...
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah.
Taubatku ini...
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah.
Taubatku ini...


Sukar untuk diri melarikan diri dari tempias yang hadir dalam kehidupan yang serba kekurangan. Hanya terus berdoa dengan harapan mendapat hidup yang lebih baik.

formula aku_selamilah diri sucikanlah hati agar kamu kenal siapa pencipta dan siapa yang dicipta agar kamu sedar dengan kedudukan yang sebenarnya.

Tuesday, April 10, 2012

Layang-layang Terputus Tali Ditiup Angin Ombak Kekesalan

Layang-layang megah di angkasa.
Layang-layang cantik di udara.
Hanya megah bila diangkasa.
Hanya terbang bebas di udara.

Namun bila terputus pasti hilang ditiup angin.
Namun bila terlerai ikatan pasti akan dibawa angin.
Kamu tahu layang-layang tidak kuat.
Kamu tahu layang-layang itu lemah.

Layang-layang itu cantik.
Layang-layang itu comel.
Namun bila berkali-kali diudara pasti akan lusuh.
Namun bila selalu ditiup angin pasti akan koyak.

Mana mungkin layang-layang akan tahan dek panas yang terik.
Mana mungkin layang-layang akan bisa menepis ribut yang kuat.
Kerana ia hanya layang-layang yang dibina menggunakan buluh.
Kerana ia hanya layang-layang yang dicantum daripada kertas.

Sekarang layang-layang hampir putus.
Sekarang layang-layang tidak bisa terbang lagi.
Sekarang layang-layang hanya mampu menahan.
Sekarang layang-layang merasa pedih.

Bila layang-layang terbang diudara, bila layang-layang terputus tali, bila layang-layang tidak lagi pulang kepangkuan itu pasti meresahkan pemilik untuk menggapai kembali layang-layang yang sudah terbang dibawa angin kekesalan.

formula aku_bila hilang tempat bergantung pasti menjadi seperti layang-layang yang hilang dibawa angin. Kesimpulannya jadilah seperti rumah yang membawa seribu kegunaan yang pasti menguntungkan semua pihak.

Masa dan Ruang

Orang kata masa itu emas dan menguntungkan.
     Aku kata masa itu lumpur dan menjijikan.
Orang kata masa itu akan menentukan segala-galanya.
     Aku kata masa merubah segala-galannya.

Masa itu masa lampau. Masa ini masa sekarang. Sukar hati untuk terima masa lampau. Sukar perasaan untuk mengingat masa lampau. Kerana masa lampau menyakitkan dan menyedihkan. Masa lampau itu adalah kenangan yang tak ingin diulang dan dikenang. Masa lampau itulah yang menjadikan diri tabah tapi tak sekuat yang diri inginkan. Diri selalu berharap moga masa lampau boleh diubah. Namun itu sukar diubah kerana telah terubah oleh diri sendiri yang tak mengerti masa itu hanya hadir sekali dan akan pergi untuk selama-lamanya. Ohh masa... ingin  aku memanggil kembali lagi agar dapat memadam apa yang telah tertulis agar otak berhenti memikirkan masa yang sudah mati dan tak kan kembali lagi.

Ruang dan peluang selalu ada.
     Namun akan pergi bila tiada yang menyedari.
Ruang dan peluang sudah tiada.
     Kerana tiada yang menghargai mereka.
Ruang dan peluang membuat orang merana.
     Kerana menyesal akan peluang dan ruang yang diberikan.

Masa sekarang perlu ruang dan peluang. Ruang yang besar dan peluang yang banyak. Agar diri boleh meneroka dunia yang luas. Namun semua itu hanya angan-angan kerana ruang itu takkan hadir kerana hanya wujud ruang yang sempit. Peluang juga telah berlalu. Apa guna merintih apa guna menyesal. Kamu yang memilih kamu juga yang terpilih.

Adakah ini ketentuan?
Adakah ini yang inginkan?
Adakah kesudahan disini?
Adakah berakhir di jalan yang masih panjang?

Kembalilah wahai peluang.
Kembalilah wahai masa.
Masa dan peluang kembalilah.....


Hanya merenung untuk melihat tak tercapai untuk tangan menggapai bila hati rasa  menyesal.



formula aku_jalankan hidup sebagai hamba Allah ini dengan sebaik mungkin untuk mengecapi kebahagiaan didunia dan akhirat agar diri selalu terlindung dari azab yang terlalu perit.


Jalankan Tugas Wahai Masa

Kamu kenal akan diri aku? Siapa aku?
Pasti sukar bukan untuk menjawab. Tak usah kenang jika itu bukan urusan. Hidup aku hanya aku yang rasa. Hidup aku hanya aku yang tahu. Hidup aku hanya aku yang mengerti.
Cacian? Pujian?
Cacian lebih dari pujian. Tubuh sudah biasa dihiris perasaan.
Tahu kenapa?
Tak perlu tahu sebab ini hidup aku. Hanya aku yang perlu rasa sakit. Sebab ini hidup aku.
Perlu seseorang untuk memahami? Perlu ke?
Tak usah tipu diri kerana kamu adalah manusia. Manusia yang dahagakan kasih serta sayang. Manusia yang kehausan.
Ada aku kisah?
Itu manusia disana. Aku manusia disini.
Menjadi keras nampak?
Keras kerana hati lali akan keadaan. Keras kerana letih menjadi lembut. Dipijak dan dihina. Hati merintih. Perasaan merana.
-Maafkan manusia ini...
Formula aku_rasa sakit hingga membiarkan masa menjalankan tugasnya bagi menyempurnakan hidup manusia-manusia yang hidup berlandaskan sekeping hati dan secangkir perasaan yang boleh merobekkan perasaan antara satu sama lain.