Sunday, August 7, 2011

Hanya Punya Satu Kehidupan

Kehidupan

Pantas berlalu masa yang dihabiskan. Entah terisi dengan emas ataupun perak Namun aku puas dapat menjaga apa yang perlu dijaga. Ternyata ini bukan sia-sia. Aku tahu masa masih lagi panjang namun ruang-ruang masa yang ada harus dipadatkan. Bukan dengan air yang mengalir tidak boleh diseka tapi dengan ais yang boleh dibekukan menjadi sumber untuk dicurahkan. Pada masa dan ketika yang mungkin berguna untuk kita bersama. Bukan ini yang ingin ku ketuk. Pada papan kekunci yang selalu ku sapu. Hanya ingin berkongsi rasa sayang dan cinta. Pada setiap insan yang bergelar manusia. Yang mengerti akan erti kehidupan. Yang kenal akan satu kehidupan.


Satu Kehidupan

Hanya SATU tiada DUA. Single bukannya double. Itu aku pasti dan mengerti. Akan hakikat yang hakiki. Tak perlu mencari tak perlu memerhati kerna yang SATU itu sudah tepatri. Sedia terhidang hanya perlu menjamah tapi perlu berfikir bila ingin melangkah. Kaki kanan ataupun kaki kiri. Kerna setiap langkah punya kehebatan tersendiri. Tersungkur ataupun terduduk. Itu hanya lumrah Ilahi. Yang pasti kita akan merasa sakitnya tersungkur dan kita akan terduduk bila diri letih dengan kehidupan. Kehidupan yang dicipta oleh Sang Pencipta agar kita boleh melakar bahagia mewarna derita. Setiap derita temu bahagia dan setiap bahagia temu derita. Tiada pernah dijanji selalu 'diatas' kerna kau pasti temui 'dibawah'. Itu aku mengerti setiap insan punyai hati. Hati yang busuk sukar dicuci. Hati yang suci selalu diingini. Oleh insan yang bermatakan hati. Namun sudah pasti sukar dicari jika kamu selalu iri hati.

Terima Kasih (Alhamdulillah)

Jika kamu insan sejati yang punya hati yang suci. Cepatlah ucap Alhamdulillah agar diri selalu mengerti hidup bukan abadi. Mati itu sudah pasti bagi insan bergelar manusia. Janganlah alpa akan semasa kerana itu hanyalah duniawi. Yang kamu kecapi yang kamu nikmati. Akan menjadi bantal didunia bukan menjadi tilam diakhirat. SATU ini sangat bermakna untuk SATU itu. Bila mata terpejam rapat tubuh terbujur kaku. SATU itu pasti muncul. SATU ini haruslah sempurna agar mendapat SATU itu yang bahagia.