Wednesday, May 30, 2012

Si Hati Kecil


Merenung skrin putih berulang kali. Kehilangan idea bila fikiran jauh melayang. Fokus diri fokus! Bermonolog sendirian didalam hati. Hati, kamu baik-baik aje kan? Kamu sihat? Maaf sebab aku selalu mendera kamu dengan pelbagai emosi. Maaf sebab aku menyakitkan kamu. Aku terpaksa lakukan begitu kerana hanya kamu yang mengerti diri aku. Terima kasih sayang kerana tahan dengan karenah aku.







Kebelakangan ini kamu selalu sakit. Saya harap kamu cepat sembuh sebab saya perlukan kamu disisi saya. Bila kamu murung en.otak pasti hilang kawalan. Please be nice to me sayang, i realy realy need you. Kalau kamu sakit en.mata tentu pedih menahan titisannya. Saya tak nak begitu. Kamu semua harus berbaik-baik taw, jangan gaduh-gaduh. Saya tak suka kamu gaduh-gaduh nanti saya yang susah.

"Saya sakit...sakit sangat"

"Sabar ya sayang. Sakit sekejap jer..."

"Tapi saya rasa dah tak boleh tahan. Saya sakit.."

"Tahan ya sayang, saya ada disisi kamu. Gembirakan kamu walaupun itu menyakitkan..."



Jari terhenti dengan tiba-tiba.....











formula aku_permainan emosi lebih menyakitkan kerana ia tidak akan berakhir dengan kemenangan.