Saturday, April 21, 2012

Pembunuh Paling Kejam!!!

Baru mengetahui kamu pembunuh!
Pembunuh paling kejam!
Kejam lagi dari membunuh manusia.
Kejam lagi dari membunuh binatang.

Separuh sedar dalam mamai. Perlu hati kukuh berkoloberasi bersama otak. Kamu musnahkan segala-galanya. Kamu rosakkan segala-galanya. Kenapa terlalu lemah? Kenapa terlalu penakut? Kamu sudah membenarkan apa yang salah. Ini silap kamu yang kamu sendiri tidak menyedarinya. Bagunlah wahai manusia sedarkan hati segarkan minda dari menjadi kotak hitam yang akan dilempar dan dicampak di dalam bakul yang dipanggil sampah. Sampah itu busuk. Tiada siapa yang menginginkan benda yang busuk dan jijik.
Mengertilah wahai manusia hidup ini hanya sekali...dan sekali...dan kekal sekali buat selama-lamanya...
Hanya sekali sahaja kamu akan tempuhi, hanya sekali sahaja kamu merasanya, hanya sekali sahaja...sekali dan tiada dua kali...
Kamu tahu bukan hakikat itu. Jangan bila sudah tersungkur baru nak tergadah kerana bila sudah tersungkur kamu pasti akan digelakkan oleh dunia di atas kebodohan diri sendiri yang akan buat kamu menyesal. Pasti kamu akan merasa hilang didunia lagi baik dari terus digelakkan oleh manusia yang hanya tahu menilai luaran dan tidak mengetahui dalaman diri kamu itu.

Bangkitlah manusia.
Bangkitlah insan.
Hidup jangan disalah tekan.
Hidup jangan disalah picit.
Bila salah kamu akan menanggung akibat.
Bila salah kamu akan menaggung kekesalan.



Hati manusia...

formula aku_ yang kusut perlu dilerai dan yang hitam perlu diputihkan...