Kamu kenal akan diri aku? Siapa aku?
Pasti sukar bukan untuk menjawab. Tak usah kenang jika itu bukan urusan. Hidup aku hanya aku yang rasa. Hidup aku hanya aku yang tahu. Hidup aku hanya aku yang mengerti.
Cacian? Pujian?
Cacian lebih dari pujian. Tubuh sudah biasa dihiris perasaan.
Tahu kenapa?
Tak perlu tahu sebab ini hidup aku. Hanya aku yang perlu rasa sakit. Sebab ini hidup aku.
Perlu seseorang untuk memahami? Perlu ke?
Tak usah tipu diri kerana kamu adalah manusia. Manusia yang dahagakan kasih serta sayang. Manusia yang kehausan.
Ada aku kisah?
Itu manusia disana. Aku manusia disini.
Menjadi keras nampak?
Keras kerana hati lali akan keadaan. Keras kerana letih menjadi lembut. Dipijak dan dihina. Hati merintih. Perasaan merana.
-Maafkan manusia ini...
Formula aku_rasa sakit hingga membiarkan masa menjalankan tugasnya bagi menyempurnakan hidup manusia-manusia yang hidup berlandaskan sekeping hati dan secangkir perasaan yang boleh merobekkan perasaan antara satu sama lain.