Friday, August 10, 2012

Setulus Kasih Hikmah Yang Abadi.



Sebuah PSA yang bakal hadir bersama linangan air mata kesyukuran manusia akan nikmat kehidupan. Alhamdulillah.




Wednesday, August 8, 2012

Air Mata Ramadhan.

Perantauan adalah kehidupan aku sejak 2 tahun yang lalu. Ini kali kedua aku puasa di negeri orang yang asing bagi aku. Berlapar disini tidak sama dengan berlapar disana. Disana aku sentiasa mewah dengan makanan yang pasti membangkitkan selera aku. Namun disini walaupun aku mewah dengan makanan seringkali aku mati selera untuk tangan terus menyuakan makanan ke mulut. Kamu yang di perantauan pasti akan merasakan benda yang sama seperti aku.


Aku : "Masak gapo hari nie?"
Mak : "Sayur rebung jah.."
Aku : tahan sebak... "sedap sayur rebung"
Mak : "nanti balik kita buat la...jangan duk rusing,rebung banyak pohon"


Ketahuilah, walaupun makanan itu biasa namun, air tangan ibu itu pasti akan merubah menjadi ianya istimewa. Ibu adalah tukang masak yang terbaik dalam hidup aku.

Tuesday, August 7, 2012

Syukur Dikurniakan Manusia.

6 Ogos 2012_22 Tahun

Genap umur aku 22 tahun.

"Terima Kasih Mek sebab melahirkan ore-Khalijah bt Mat Amin"
_Tanpa Ibu hidup kamu pasti akan dilinangi air mata bila terkenangkan seorang Ibu disaat kamu memerlukannya.

"Terima Kasih Ayah sebab selalu marah kesilapan ore supaya ore sentiasa buat benda yang betul-Mohd Din bin Ismail"
_Ayah itulah tiang kepada setiap keluarga serta kekuatan keluarga. Tanpa Ayah disisi aku pasti takkan dapat kecapi apa yang aku rasai sekarang.

"Terima Kasih Insan yang ku kenal sejak umur 7 tahun hingga 22 tahun-Siti Nasuhar Mohd Susuki"
_Tanpa kamu perjalanan hidup aku pasti takkan selurus kini.

"Terima Kasih Si Vios Puteh-_______"
_Tanpa kamu aku pasti sukar untuk melangkah ke depan bagi menyempurnakan kisah hidup seorang umat Nabi Muhammad.

"Terima Kasih Manusia yang ada pada Detik dan Masa kini"
_Tanpa kamu semua aku pasti akan jadi asing dalam dunia sendiri. Bersyukur dapat mengenali kalian semua. Ingat aku dalam setiap tadahan kalian. Terima Kasih kerana tidak pernah kenal erti penat dalam melakukan kebaikan.