Monday, October 29, 2012

360 Satu Pusingan

Lama terbiar mula kembali nak potong balik rumput yang tumbuh bersihkan apa yang patut. Ruang luas namun tak sempat nak manfaatkannya. Maafkan saya tak sempat nak layan karenah hati dan perasaan di  laman ini yang pasti akan mewujudkan rangkaian kata menjadi rantaian demi rantaian. Sukar bukan untuk memahami apa yang terjadi dan akan terjadi dalam hidup ini. Kita hanya pelakon yang melakonkan watak masing-masing bermula terbitnya cahaya indah hinggalah tenggelamnya cahaya itu dan pasti akan diulang lagi dan lagi hingga masa memanggil untuk menamatkan kontrak masing-masing.

Otak sedang sarat namun belum sampai due datenya lagi kerana masih merancang untuk menjadikannya yang terbaik. Macam-macam yang perlu otak fikir dan macam-macam juga yang perlu tangan lakukan. Masa sudah kesuntukkan hanya menunggu lampu merah untuk berhenti, jangan terus mengalah kerana lampu merah belum lagi menyala. Teruskan usaha sehingga titisan terakhir agar kamu tahu dan tidak akan menyesal dengan apa yang bakal kamu lakukan sekarang ini.

Sebelum bertindak maafkan diri kamu dan juga insan sekeliling agar kamu sempat mengecapi kebahagiaan kerana kemaafan sesuatu yang membahagiakan hidup selain dapat menikmati makanan (itu bagi aku). 

Formula aku_ketahuilah manusia yang cuba menyakitkan kita itu adalah manusia yang masih lagi dalam proses tumbesaran yang memerlukan kalsium pengalaman untuk pertumbuhan. Maafkan mereka sekiranya terkasar perbuatan.