Thursday, June 7, 2012

Remaja 1

Membesar dalam ruang yang sempit dan serba kekurangan. Dewasa dengan kaki dan tangan sendiri hingga membuatkan diri rasa hidup ini jangan menyusahkan kawan dan lawan asalkan kamu bahagia dalam tampuk pemerintahan sendiri. Setiap keputusan harus ada kelulusan. Tiada kelulusan  rusuhan tiba. Memang jahanam dunia ini jika hanya memikirkan satu dari sejuta. Hancur bila memikir kamu dari orang lain.

Kenapa jadi begitu?
Kerana dia hidup seorang diri,
kerana dia hanya bergantung pada diri sendiri,
kerana dia hanya ada dunia dia sendiri.

Dia pasti akan merubah diri bila tiada manusia yang ingin bersekongkong dengannya. Berubah dari yang baik kepada yang jahat. Sadis hidup bila diri hilang tapak untuk terus memijak hingga tubuh terhuyung-hayang ditiup angin kegelapan.

Siapa yang ingin memimpin?
Siapa yang ingin meyuluh jalan?
Mana manusia? Mana saudara?
Mana keluarga?
Semua hilang......

Lagi sadis bila hidup terasa kais pagi makan pagi hingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sesuap nasi......


bersambung...

Wanita Aku Wanita Kamu

"Dekat aku lupa tapi jauh aku ingat..."

           "Siapa yang kau ingat bila jauh? Kekasih hati?"

Berfikir sejenak.....

"Mak..."

             "Kenapa bila dekat kau tak ingat kat mak kau?"

"Sebab aku anak yang........ Aku sayang mak aku..."






Terima kasih wanita sebab telah berjuang hidup dan mati untuk lahirkan aku. Pilu bila aku tahu aku bukan anak yang terbaik seperti yang kamu inginkan. Aku lupa pesan kamu wahai wanita. Aku lupa nasihat kamu. Aku lalai dengan kemewahan dunia. Aku terlalu merindui kamu wahai wanita. Kalaulah dalam hidup ini memang wujud Doremon pasti akan aku pinjam pintu ajaib untuk kembali menatap matamu wahai wanita.

Sekarang...

Baru aku mengerti akan harga sebuah leteran seorang wanita. Kata-katamu itu sungguh berharga tidak terlawan oleh emas dan permata. Ohh wanita, kamu beri aku kehidupan tapi apa yang aku mampu berikan untuk kamu? Kegembiraan hanya sekali...namun wang ringgit aku belum berkemampuan. Maafkan aku wanita. Aku berharap agar kamu mampu menunggu titik peluh aku untuk kamu rasai. Maafkan dosa aku wahai wanita...


formula aku_wanita itu patut dihargai kerana wanita itu yang memberikan kamu tempat untuk hidup selama 9 bulan 10 hari. Terima kasih wanitaku...!!!

Wednesday, June 6, 2012

Episod Duka




Duka dan terluka.
Bahagia dan gembira.
Ketawa dan air mata.



Inilah kehidupan insan yang bergelar manusia. Kehidupan yang penuh dengan air mata dan gelak ketawa. Semua itu merupakan pengukuh bagi sebuah kehidupan untuk terus tabah dan kebal dalam medan pertempuran.


Kenapa menangis?
Sebab sedih...
Kenapa ketawa?
Sebab gembira...

Tahniah sebab kamu ada semua perasaan itu!
Tahniah sebab kamu pernah merasa semua itu!
Tahniah kerana kamu sebenarnya sudah berjaya!
Berjaya dalam mengharungi cabaran. Teruskan usaha anda. Anda sebenarnya mampu dalam mengharungi arus kehidupan. Buanglah ranting-ranting yang boleh menyekat diri untuk berjalan. Jadilah insan yang berjaya dunia dan akhirat walaupun kenangan hitam sering kali menjadi mainan mata agar menumpahkan kembali apa yang telah berulang kali terjadi.





Sedarkah kamu? Tahukah kamu? Yang kamu semakin hari semakin kedepan. Semakin hari semakin hilang masa yang di belakang. Semakin hari juga semakin banyak yang kamu cipta. Masa yang berlalu tak bisa kamu ulang kembali kerana kehidupan bukanlah siaran ulangan yang boleh ditonton berulang kali. Inilah yang digelar...

KENANGAN!!!

Masa 2.24pm/6 Jun 2012/Rabu... Bakal menjadi kenangan pada keesokan hari.

Bila episod duka akan terjadi?

Bagi diri aku episod duka pasti timbul bila aku terkenang akan apa yang terjadi pada hari ini, pada waktu ini, tempat ini serta segala-galanya yang aku miliki pada masa sekarang yang pasti aku tak kan dapat mengulanginya pada hari esok. Bagi aku pasti merasa duka bila diri menutup kelopok mata semata-mata untuk mendapatkan kembali kegembiraan pada satu masa dahulu. Namun ketahuilah diri, semua itu hanya tinggal kenangan yang juga turut memberikan kegembiraan serta kesedihan seretak pada satu-satu masa.




formula aku_aku pasti akan merindui saat itu dan ini.

Saturday, June 2, 2012

Tahniah Kenangan!

Macam biasa, bangun pagi tengok muka buku. Baca komen tengok notification. Eh, upload gambar baru. Tengok jap...


"eh...eh..fuhhh..ouch...hati..."

Aku nampak kenangan. Lupa pulak, dah bulan Jun. Patut la upload gambar baru.


"Tahniah...!"

"Kamu kahwin dulu dari aku..."

"Dah tercapai hajat kamu..."





formula aku_semua manusia ada kehidupan yang telah ditetapkan. Sama seperti aku yang hanya menghintung hari untuk saling melengkapi antara satu sama lain.