Friday, August 26, 2011

Ku Cerita Tentang Kamu

Satu malam...
"Nak tepon boleh...? Nak cakap dengan awak..."

Satu petang...
"Kalau awak rindu dia mesej la saya..."

Masih kukuh di kotak fikiran.Walau masa telah menghanyutkan memori semalam. Permulaan yang tidak dijangka oleh akal dan fikiran. Bukan aku yang rancang bukan aku yang tentukan. Aku hanya mengikut rentak yang dilagukan. Mungkin sudah takdir kita bertemu walaupun bukan dengan jalan yang benar. Kau menghulur benih harapan hingga aku rasa tenang. Setelah hati terhibur dengan tingkah dan laku. Dengan gelak dan tawa. Hati kecil terdetik indahnya perasaan. Sukar diungkap hingga kata-kata tersingkap. Lalu aku mengucap bertanya diri akan makna tingkah laku, gelak dan tawamu. 




"HARAPAN"
Satu kata seribu macam perasaan. Pasti muncul bila wujudnya harapan dihati. Seperti aku yang mengharap pada sesuatu yang sukar digapai oleh tangan kecil. Namun usaha aku titipkan bersama doa agar hati dan perasaan tidak kempunan dari terus makan hati yang sukar ditelan oleh perasaan. Alhamdulillah, syukur padaMu. Mataku tak putih hatiku tak merah. Kerana kau milikku pada hari ini.


 *Hanya gambaran kebahagiaan kami sahaja.. =)

Sunday, August 7, 2011

Hanya Punya Satu Kehidupan

Kehidupan

Pantas berlalu masa yang dihabiskan. Entah terisi dengan emas ataupun perak Namun aku puas dapat menjaga apa yang perlu dijaga. Ternyata ini bukan sia-sia. Aku tahu masa masih lagi panjang namun ruang-ruang masa yang ada harus dipadatkan. Bukan dengan air yang mengalir tidak boleh diseka tapi dengan ais yang boleh dibekukan menjadi sumber untuk dicurahkan. Pada masa dan ketika yang mungkin berguna untuk kita bersama. Bukan ini yang ingin ku ketuk. Pada papan kekunci yang selalu ku sapu. Hanya ingin berkongsi rasa sayang dan cinta. Pada setiap insan yang bergelar manusia. Yang mengerti akan erti kehidupan. Yang kenal akan satu kehidupan.


Satu Kehidupan

Hanya SATU tiada DUA. Single bukannya double. Itu aku pasti dan mengerti. Akan hakikat yang hakiki. Tak perlu mencari tak perlu memerhati kerna yang SATU itu sudah tepatri. Sedia terhidang hanya perlu menjamah tapi perlu berfikir bila ingin melangkah. Kaki kanan ataupun kaki kiri. Kerna setiap langkah punya kehebatan tersendiri. Tersungkur ataupun terduduk. Itu hanya lumrah Ilahi. Yang pasti kita akan merasa sakitnya tersungkur dan kita akan terduduk bila diri letih dengan kehidupan. Kehidupan yang dicipta oleh Sang Pencipta agar kita boleh melakar bahagia mewarna derita. Setiap derita temu bahagia dan setiap bahagia temu derita. Tiada pernah dijanji selalu 'diatas' kerna kau pasti temui 'dibawah'. Itu aku mengerti setiap insan punyai hati. Hati yang busuk sukar dicuci. Hati yang suci selalu diingini. Oleh insan yang bermatakan hati. Namun sudah pasti sukar dicari jika kamu selalu iri hati.

Terima Kasih (Alhamdulillah)

Jika kamu insan sejati yang punya hati yang suci. Cepatlah ucap Alhamdulillah agar diri selalu mengerti hidup bukan abadi. Mati itu sudah pasti bagi insan bergelar manusia. Janganlah alpa akan semasa kerana itu hanyalah duniawi. Yang kamu kecapi yang kamu nikmati. Akan menjadi bantal didunia bukan menjadi tilam diakhirat. SATU ini sangat bermakna untuk SATU itu. Bila mata terpejam rapat tubuh terbujur kaku. SATU itu pasti muncul. SATU ini haruslah sempurna agar mendapat SATU itu yang bahagia.




Bukan Aku Yang Punya

"Bukan Aku Yang Punya"

Sesekali terasa dihati bila diri hanya menumpang. Ibarat parasit yang bukan mengambil faedah berlipat kali ganda. Aku mengerti dan pasti. Tiada manusia yang sempurna. Namun diriku sering diperkecil dari saiz yg sudah kecil. (Idea hilang plak) Aku sekadar ingin menyentuh bahagia. Bila hati terlalu asyik dengan derita. Tiba-tiba diri menjadi alpa.Terlalu disogok dengan gelak dan tawa. Dia bukan aku yang punya. Dia milik insan yang sempurna. Tapi hati menjerit inginkan kebahagian yang telah ku sentuh. Aku lemah tanganku kaku. Bukan tak mahu tapi tanganku menolak. Itu bukan kita punya. Jangan keraskan hati nanti sukar dilembut lagi. Jangan sesekali menjadi peminta, tapi jadilah penerima. Terima segala yang boleh membahagiakan hati. Asal kau rasa itu cantik. Bukan hanya cantik didunia. Tapi akan cantik juga diakhirat.

"Setelah Kau Aku Yang Punya"

B.A.H.A.G.I.A.
Ingin ku ulang dan terus mengulang. Perkataan yang membawa senyuman dibibir dan ketara dihati. Bukan ingin menunjuk tetapi sekadar mahu menyatakan. Aku bahagia selepas menerima derita. Derita lalu dipukul ombak. Pecah sudah diganti bahagia. Aku bersyukur kerana sempat mengerti. Dari terus digantung tak bertali.Oleh insan yang pura-pura pasti. Dengan keyakinan dan keberanian diri. Ingin sekali ku lontarkan buku soalan " Megapa berusaha jika diri tiada kekuatan??" "Mengapa mencari jika jumpa terus buang??" Namun itu hanya keinginan. Yang aku pendam tak bisa ku lontar. Menjadi habuk yang hanya ditiup angin. Tiada makna tiada yang pasti. Namun itu sudah tersurat. Aku perlu merasakannya. Agar diri menjadi lebih matang dan kukuh. Ibarat pepohon yang sedang membesar. Selalu dipukul angin dan dibasahi hujan. Namun tetap terus membesar keatas.

p/s : Derita hanya dugaan, agar diri lebih matang. Belajar bertatih dari terus berlari supaya biasa dengan luka yang dialami...

Dendamku Dendammu Kisahku Kisahmu

"Sayang menjadi benci"
"Benci menjadi sayang"

Bila sayang semua indah. Mulut busuk berbau harum. Muka berjerawat tetap indah. Setiap kata-kata menjadi pujaan. Siang dan malam tidak terasa. Makan dan minum tidak dikira. Bila bersama bahagia dihati. Masa yang ada harap diulang lagi. Semua itu hanya sementara. Bila hati sudah jemu tidak ingin dipandang lagi.

Apa aku peduli. Semua itu sudah tidak lagi kembali. Aku dan kau sudah pergi. Hanya tinggal dendam dihati.
Kau berenang dalam lautan bahagia. Apa kau ingat aku tak boleh berenang?? Walaupun terkapai-kapai aku tetap mencari destinasi. Agar diri menjadi yang pasti. Bukan lagi hidup dalam mimpi yang tak pasti.

"Dendam dan dendam"
"Benci dan benci"

Kadang-kadang benci muncul hingga dendam menyaluti tubuh. Sesak didalam lemah diluar. Hanya diri yang pasti mengenal keperitan dihati. Tidak sekali ku pasti diri akan sembuh. Jika kamu masih disitu. Terlalu sakit terlalu menderita. Pedih jiwa hati terluka. Tercalar hingga parut sukar disembuh.

"Redha..."
Bukan semua ini yang aku inginkan. Hitam hati dengan dendam dan benci. Redhakan diri ikhlaskan hati. Harap dapat menjadi INSAN SEJATI...