Tuesday, April 10, 2012

Masa dan Ruang

Orang kata masa itu emas dan menguntungkan.
     Aku kata masa itu lumpur dan menjijikan.
Orang kata masa itu akan menentukan segala-galanya.
     Aku kata masa merubah segala-galannya.

Masa itu masa lampau. Masa ini masa sekarang. Sukar hati untuk terima masa lampau. Sukar perasaan untuk mengingat masa lampau. Kerana masa lampau menyakitkan dan menyedihkan. Masa lampau itu adalah kenangan yang tak ingin diulang dan dikenang. Masa lampau itulah yang menjadikan diri tabah tapi tak sekuat yang diri inginkan. Diri selalu berharap moga masa lampau boleh diubah. Namun itu sukar diubah kerana telah terubah oleh diri sendiri yang tak mengerti masa itu hanya hadir sekali dan akan pergi untuk selama-lamanya. Ohh masa... ingin  aku memanggil kembali lagi agar dapat memadam apa yang telah tertulis agar otak berhenti memikirkan masa yang sudah mati dan tak kan kembali lagi.

Ruang dan peluang selalu ada.
     Namun akan pergi bila tiada yang menyedari.
Ruang dan peluang sudah tiada.
     Kerana tiada yang menghargai mereka.
Ruang dan peluang membuat orang merana.
     Kerana menyesal akan peluang dan ruang yang diberikan.

Masa sekarang perlu ruang dan peluang. Ruang yang besar dan peluang yang banyak. Agar diri boleh meneroka dunia yang luas. Namun semua itu hanya angan-angan kerana ruang itu takkan hadir kerana hanya wujud ruang yang sempit. Peluang juga telah berlalu. Apa guna merintih apa guna menyesal. Kamu yang memilih kamu juga yang terpilih.

Adakah ini ketentuan?
Adakah ini yang inginkan?
Adakah kesudahan disini?
Adakah berakhir di jalan yang masih panjang?

Kembalilah wahai peluang.
Kembalilah wahai masa.
Masa dan peluang kembalilah.....


Hanya merenung untuk melihat tak tercapai untuk tangan menggapai bila hati rasa  menyesal.



formula aku_jalankan hidup sebagai hamba Allah ini dengan sebaik mungkin untuk mengecapi kebahagiaan didunia dan akhirat agar diri selalu terlindung dari azab yang terlalu perit.