Sunday, November 11, 2012

Lupa atau pelupa? Sengaja atau disengajakan?

Manusia memang seorang pelupa. Lupa dalam segala aspek.
Lupa yang benda mereka suka tak semestinya orang lain suka.
Lupa yang benda mereka benci tak semestinya menjadi kebencian orang lain.
Penat bukan bila hanya manusia satu sahaja yang ingin menang.

Kamu memang begitu manusia.
Bila bising kamu melenting memanah sampai berdarah.
Bila senyap kamu diam bagai api dalam sekam.
Bila-bila masa akan merebak.


Terlalu istimewa hingga membongkakkan diri tanpa sedar akan
kewujudan makhluk yang bernama manusia.



Manusia lain hanya tersenyum melihat gelagat.
Menangis perlahan dalam ayunan kaki kedepan.
Dalam hati terselit kata mohon dapat diperbetulkan apa yang salah.
Hanya dalam hati yang wujud.
Sudah tidak terluah lagi.
Bila asyik terpalu gendang hati.
Hingga bergetar sakit terasa.


Formula aku_"Kekalkan hati agar kamu biasa menjadi insan yang tabah dan sabarlah dalam menghadapi karenah manusia yang pasti akan hilang jua satu hari nanti dan juga kamu akan jadikan ia kenangan yang paling indah dalam hidup"

#Mula berjinak membaca Art untuk ketenangan hati itu lebih penting untuk masa depan yang cerah dan bahagia.