Tuesday, March 27, 2012

Cerita Meja Kopi...

Gelak ketawa lumrah dunia. Manusia dan kehidupan tak boleh dipisahkan ibarat lagu dan irama yang seiring dan sejalan. Bila tak seiring akan timbul kekecohan pasti akan merumitkan hati menjejaskan emosi. Pasti kamu rasa ingin menjauh dari mendekat supaya diri tidak dibelenggu kekusutan yang sukar dileraikan.
Bila malam bulan muncul matahari menghilang meredupkan padangan mata manusia-manusia yang sentiasa mengejar masa yang tak pernah berhenti berdetik hingga membuatkan manusia terus meneruskan hidup mereka demi kehidupan masing-masing.
Namun manusia ini tidak sama dengan manusia diluar sana yang sudah mempunyai kehidupan yang dilengkapi dengan kelengkapan yang serba lengkap yang boleh berbangga dengan diri masing-masing. Manusia ini masih lagi merangkak mengejar sehelai kertas putih yang diingini oleh semua manusia yang akan menentukan tinggi rendah duduk bangun seseorang yang masih lagi tidak dapat digengam oleh jari manusia ini.
Ayuh semangat, bantulah manusia ini meneruskan sisa hidup dibumi asing agar niat dihati dapat ditunai walaupun sering kali manusia ini tersungkur di persimpangan, seringkali terlepas dari genggaman hingga membuatkan manusia ini hampir putus tali harapan hingga berat semakin susut otak semakin surut tidak boleh berfikir tidak boleh mentafsir.
Manusia ini pernah merasa sakitnya sebuah penyesalan yang tiada siapa faham akan manusia ini. Sakit itulah yang membuatkan manusia ini menjadi lali. Lali dengan segala-galanya. Manusia ini tahu dia tak kuat dan manusia ini juga tahu yang dia tak gagah. Manusia ini lemah dalam menghadapi tempias hujan yang turun bila ketiadaan payung yang pasti akan membasahi persalinan dan menyejukkan kulit. Saat ini pasti manusia ini berfikir akan insan yang boleh menumpangkannya agar diri tidak dibelenggu kesejukkan...


tergantung......





formula aku_sering kali merasa sakit dan bila terjadi berkali-kali hati menjadi pasrah mulut diam membisu hingga membuatkan mata terpejam menahan pedih sebuah perasaan.

Monday, March 26, 2012

Lain dimulut benci dihati...

MANUSIA... Ciptaan Allah s.w.t yang maha agung. Kamu adalah manusia sayang. Manusia yang punyai personaliti tersendiri yang kamu cipta mengikut cita dan rasa yang kamu inginkan. Namun semua manusia ini tak sama dengan manusia itu. Manusia ini hanya ada rasa bersalah namun tak mampu untuk mengucapkan agar manusia itu faham dengan situasa drama yang sedang manusia ini cipta. Kerana manusia ini sangat sakit dengan apa yang manusia itu lakukan dan manusia ini menganggap manusia itu bukanlah manusia yang harus diangung-agungkan kerana manusia itu masih lagi berada dalam kepompong yang dia cipta iaitu kepompong kesabaran yang cetek. Sayangkan bila manusia itu sangat cantik cukup sempurna dimata manusia ini namun hanya satu kesilapan manusia itu dianggap hodoh dimata manusia ini. Kerana itulah wujudnya pepatah yang mengatakan "tak semua manusia sempurna kecuali Allah s.w.t" namun kita sebagai manusia haruslah saling melengkapi sesama manusia agar kehidupan ini menjadi sempurna seperti yang diharapkan. Manusia ini sangat kejam sebenarnya kerana manusia ini mempunyai hati yang rapuh bila dihiris namun akan menjadi keras bila ditikam. Ketahuilah manusia, sakit manusia itu takkan sama dengan sakit yang manusia ini rasa. Bukan nak angkuh bukan nak sombong sekali terdetik selamanya dihati kuat didalam rapuh diluar bibir tersenyum hati merintih. Sekali terkena pengajaran selama-lamanya agar manusia ini sentiasa menerima amaran tentang manusia itu.




formula aku_tak perlulah menjaja jika tiada pembeli kerana rugi akan menimpa diri susahkan kaki resahkan hati.

Sunday, March 18, 2012

Benci Satu Perasaan Yang Membawa Maut.

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta memungkiri janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku

Di sudut hati

Casey_Jangan ada benci.

Tuesday, March 13, 2012

Kenapa gila kata hilang kata...


Hanya ayat yang pendek menyusul malam ini bila aku asyik mengalami mimpi buruk hingga menyebabkan otak berfikir akan makna disebalik mimpi gelap itu. Kamu...!! kenapa muncul dalam mimpi saya?? Jangan buat otak saya letih kerana memikirkan kamu. Sebab dan akibat kenapa kamu muncul tiba-tiba.

tergantung.....

formula aku_abaikan mimpi kerana ia hanya sebuah mimpi yang tidak memberikan apa-apa makna. Hidup perlu berjalan supaya sampai ke destinasi yang ingin dituju.

Friday, March 9, 2012

Hati selalu buat diri tak terurus.


*Opick_Rapuh 

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu




* Opick_rapuh pasti akan menginsafkan diri bila diulang berkali-kali juga pasti menitiskan titisan jernih ditubir mata bila wujudnya penyesalan demi penyesalan akan dosa-dosa yang telah dilakukan.

Formula aku_menangis dalam hujan sekiranya rasa terlalu sakit kerana semua manusia tak akan mengetahui rahsia ini. Kalau takde hujan air hujan kat bilik mandi pun jadi la.

Wednesday, November 16, 2011

"Rindu..." Sesuatu yang Menyakitkan Bukan?

Bila kasih muncul rindu,
Bila rindu ingin memeluk,
Kalau jauh mana mungkin,
Kalau sudah tiada juga mana mungkin.

Pedih...
Sakit...
Sedih...
Menangis...

Perasaan bila kamu merindu seseorang yang jauh, yang bukan milik kita, dan yang tiada lagi didunia ini. Hanya tangisan yang bisa kamu lepaskan agar rindu itu tidak memedihkan diri yang sudah sedia lemah.

Rasa ingin terus berada didepan insan dirindu namun mana mungkin kerana kita hidup dibumi yang punya masa dan kehidupan yang telah ditetapkan







Jangan Tetipu Kawan Harap kamu Dapat Beza Antara Kasih Dengan Kekasih

Kasih dan kekasih
Kasih seorang kekasih
Kasih seorang sahabat
Kekasih hati yang dicintai
Kekasih hati yang disayangi
Kasih dan kekasih

Apa beza? Kamu dapat beza tak? Tentu susah kalau kamu tak paham dan mengerti akan tingkah dan laku kasih sayang yang kamu terima dari berlainan gender ini. Harap kamu tidak tertipu kawan kerana kamu akan merana dan mendapat malu. Jangan kerana silap memahami kamu membenci diri sendiri dan menyembunyikan diri dalaman kerana perasaan malu akibat kegelojohan diri sendiri. Memalukan bukan jika tersilap langkah sayang... Aku ingatkan jangan kamu terkeliru wahai teman kerana ia boleh membuat kamu merana.

Jangan terlalu mengharap bila kamu menunggu sesuatu yang kamu anggap boleh  memberi kebahagiaan kepada diri  kamu kerana kamu akan kecewa bila  ia berakhir dengan pengorbanan kamu sendiri.

*Hilang kata bila mata mula redup...

Monday, November 14, 2011

Keinginan Bila Otak Mula Letih

Peneman yang tak bersuara hanya senyuman yang membahagiakan...

Otak berada di tahap kritikal bila segala ingin difikir namun apa yang difikir belum lagi masanya. Aaarrgghh..! memberatkan otak jer. Bila otak rasa berat terus terpikir seseorang yang boleh mendengar mulut berceloteh benda yang di luar kotak. Siapa yang ingin mendengar bibir mungkil menuntur bicara? Semua yang berat perlu si gadis luahkan supaya mata tak berdarah menahan beratkan seketol otak yang menyimpan segala memori yang boleh menghancurkan dunia. Sampai macam tu sekali ke? (Ketawa sendirian...mana mungkin)

Searching...
Peneman yang tak bersuara tapi hanya senyuman yang membahagiakan...
Ada tak? Kalau ada sudi tak jadi peneman saya? Berada disisi saya sambil melihat manusia yang tak pernah merasa penat mengharungi hari siang dan malam sambil lidah menjilat Sundecon serta mata memandang kaki dan tangan manusia yang wujud sejak terbentuknya janin didalam perut seorang ibu.
Kamu tak perlu bersuara! sebab saya bukan perlukan suara kamu, tapi saya perlukan mata untuk sama-sama melihat gelagat yang boleh menghiburkan hati serta meredakan berat otak sedikit demi sedikit. Hanya itu yang saya inginkan....

*Tak perlu suara... Hanya perlu mata kamu sayang.


Looaaadddiiiinnggggg.....

Wednesday, October 19, 2011

Kawan... Kau pergi dahulu...RABU.

19 OKTOBER 2011/RABU/6.45PG
Tarikh...Hari...Masa... Pasti aku akan ingat walaupun usia memakan ingatan hari-hari tuaku.

Hati pilu tiada gambaran untuk digambarkan...remuk redam...hanya Tuhan yang tahu...
"Kawan, aku tersedar dari tidur dengan berita yang amat menyedihkan. Kau dah tinggalkan aku. Kau bukan tinggal aku untuk kembali lagi, tapi kau tinggal aku dan menuggu aku disana. Satu tempat yang pasti semua orang pijak tapi hanya masa yang belum pasti." Aku tak boleh pijak lagi kawan, masa belum lagi memanggil aku... Tapi aku pun tak pasti kawan, bila masa akan memangil kerana tiada nyawa yang tahu masanya bila.

Maafkan aku kawan kerna aku tak bisa menatap wajahmu buat kali terakhir sebelum dirimu dibalut kain putih yang suci itu kerana aku diperantaun. Kawan...terlalu sedih bila aku pulang nanti aku hanya melihat pusaramu bukan lagi dirimu yang berdiri megah sambil gelak ketawa. Hati aku terlalu sedih kawan. Kawan...sudah pasti tiada lagi sahabat yang ingin mendengar suara buruk aku ini. Selalunya kau sahaja yang sudi bercakap denganku. Hanya kamu kawan yang sudi melayan karenah aku yang gila kata ini.Sekarang tiada lagi kawan... Kau pergi dahulu kawan...

Kawan, ak ingat lagi seminggu yang lepas, juga hari rabu seperti hari ini dan aku pasti akan mengingatimu RABU kerana rabulah yang menemukan kita dan memisahkan kita buat selama-lamanya kawan...
Maafkan aku kawan... (maaf yang tiada erti dan makna lagi, maaf yang hanya aku sahaja mengetahuinya...)



Kawan...ini cerita yang kau nak tengok tapi tak boleh nak tonton hari tu sebab aku dah tengok. Aku tak tahu adakah kau sudah menontonnya @ tidak.
Maafkan aku sebab kamu terpaksa menonton cerita dibawah ini.
Maafkan aku kawan... Ternyata kau pergi dahulu...




* Kawan, aku ingat lagi bila kamu kutuk gambar aku ini...
 "dengan tayar pun boleh ambik gambar...xdop aroh la sain aku..."

Itulah RABU yang terakhir aku dengan kamu kawan. Sudah tiada lagi rabu denganmu. Terima kasih kawan kerana kamu sudi menjadi SAHABAT kepada insan yang gila kata ini. RABU.....

*Kawan semoga dirimu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman... Amin.

Friday, August 26, 2011

Ku Cerita Tentang Kamu

Satu malam...
"Nak tepon boleh...? Nak cakap dengan awak..."

Satu petang...
"Kalau awak rindu dia mesej la saya..."

Masih kukuh di kotak fikiran.Walau masa telah menghanyutkan memori semalam. Permulaan yang tidak dijangka oleh akal dan fikiran. Bukan aku yang rancang bukan aku yang tentukan. Aku hanya mengikut rentak yang dilagukan. Mungkin sudah takdir kita bertemu walaupun bukan dengan jalan yang benar. Kau menghulur benih harapan hingga aku rasa tenang. Setelah hati terhibur dengan tingkah dan laku. Dengan gelak dan tawa. Hati kecil terdetik indahnya perasaan. Sukar diungkap hingga kata-kata tersingkap. Lalu aku mengucap bertanya diri akan makna tingkah laku, gelak dan tawamu. 




"HARAPAN"
Satu kata seribu macam perasaan. Pasti muncul bila wujudnya harapan dihati. Seperti aku yang mengharap pada sesuatu yang sukar digapai oleh tangan kecil. Namun usaha aku titipkan bersama doa agar hati dan perasaan tidak kempunan dari terus makan hati yang sukar ditelan oleh perasaan. Alhamdulillah, syukur padaMu. Mataku tak putih hatiku tak merah. Kerana kau milikku pada hari ini.


 *Hanya gambaran kebahagiaan kami sahaja.. =)

Sunday, August 7, 2011

Hanya Punya Satu Kehidupan

Kehidupan

Pantas berlalu masa yang dihabiskan. Entah terisi dengan emas ataupun perak Namun aku puas dapat menjaga apa yang perlu dijaga. Ternyata ini bukan sia-sia. Aku tahu masa masih lagi panjang namun ruang-ruang masa yang ada harus dipadatkan. Bukan dengan air yang mengalir tidak boleh diseka tapi dengan ais yang boleh dibekukan menjadi sumber untuk dicurahkan. Pada masa dan ketika yang mungkin berguna untuk kita bersama. Bukan ini yang ingin ku ketuk. Pada papan kekunci yang selalu ku sapu. Hanya ingin berkongsi rasa sayang dan cinta. Pada setiap insan yang bergelar manusia. Yang mengerti akan erti kehidupan. Yang kenal akan satu kehidupan.


Satu Kehidupan

Hanya SATU tiada DUA. Single bukannya double. Itu aku pasti dan mengerti. Akan hakikat yang hakiki. Tak perlu mencari tak perlu memerhati kerna yang SATU itu sudah tepatri. Sedia terhidang hanya perlu menjamah tapi perlu berfikir bila ingin melangkah. Kaki kanan ataupun kaki kiri. Kerna setiap langkah punya kehebatan tersendiri. Tersungkur ataupun terduduk. Itu hanya lumrah Ilahi. Yang pasti kita akan merasa sakitnya tersungkur dan kita akan terduduk bila diri letih dengan kehidupan. Kehidupan yang dicipta oleh Sang Pencipta agar kita boleh melakar bahagia mewarna derita. Setiap derita temu bahagia dan setiap bahagia temu derita. Tiada pernah dijanji selalu 'diatas' kerna kau pasti temui 'dibawah'. Itu aku mengerti setiap insan punyai hati. Hati yang busuk sukar dicuci. Hati yang suci selalu diingini. Oleh insan yang bermatakan hati. Namun sudah pasti sukar dicari jika kamu selalu iri hati.

Terima Kasih (Alhamdulillah)

Jika kamu insan sejati yang punya hati yang suci. Cepatlah ucap Alhamdulillah agar diri selalu mengerti hidup bukan abadi. Mati itu sudah pasti bagi insan bergelar manusia. Janganlah alpa akan semasa kerana itu hanyalah duniawi. Yang kamu kecapi yang kamu nikmati. Akan menjadi bantal didunia bukan menjadi tilam diakhirat. SATU ini sangat bermakna untuk SATU itu. Bila mata terpejam rapat tubuh terbujur kaku. SATU itu pasti muncul. SATU ini haruslah sempurna agar mendapat SATU itu yang bahagia.




Bukan Aku Yang Punya

"Bukan Aku Yang Punya"

Sesekali terasa dihati bila diri hanya menumpang. Ibarat parasit yang bukan mengambil faedah berlipat kali ganda. Aku mengerti dan pasti. Tiada manusia yang sempurna. Namun diriku sering diperkecil dari saiz yg sudah kecil. (Idea hilang plak) Aku sekadar ingin menyentuh bahagia. Bila hati terlalu asyik dengan derita. Tiba-tiba diri menjadi alpa.Terlalu disogok dengan gelak dan tawa. Dia bukan aku yang punya. Dia milik insan yang sempurna. Tapi hati menjerit inginkan kebahagian yang telah ku sentuh. Aku lemah tanganku kaku. Bukan tak mahu tapi tanganku menolak. Itu bukan kita punya. Jangan keraskan hati nanti sukar dilembut lagi. Jangan sesekali menjadi peminta, tapi jadilah penerima. Terima segala yang boleh membahagiakan hati. Asal kau rasa itu cantik. Bukan hanya cantik didunia. Tapi akan cantik juga diakhirat.

"Setelah Kau Aku Yang Punya"

B.A.H.A.G.I.A.
Ingin ku ulang dan terus mengulang. Perkataan yang membawa senyuman dibibir dan ketara dihati. Bukan ingin menunjuk tetapi sekadar mahu menyatakan. Aku bahagia selepas menerima derita. Derita lalu dipukul ombak. Pecah sudah diganti bahagia. Aku bersyukur kerana sempat mengerti. Dari terus digantung tak bertali.Oleh insan yang pura-pura pasti. Dengan keyakinan dan keberanian diri. Ingin sekali ku lontarkan buku soalan " Megapa berusaha jika diri tiada kekuatan??" "Mengapa mencari jika jumpa terus buang??" Namun itu hanya keinginan. Yang aku pendam tak bisa ku lontar. Menjadi habuk yang hanya ditiup angin. Tiada makna tiada yang pasti. Namun itu sudah tersurat. Aku perlu merasakannya. Agar diri menjadi lebih matang dan kukuh. Ibarat pepohon yang sedang membesar. Selalu dipukul angin dan dibasahi hujan. Namun tetap terus membesar keatas.

p/s : Derita hanya dugaan, agar diri lebih matang. Belajar bertatih dari terus berlari supaya biasa dengan luka yang dialami...

Dendamku Dendammu Kisahku Kisahmu

"Sayang menjadi benci"
"Benci menjadi sayang"

Bila sayang semua indah. Mulut busuk berbau harum. Muka berjerawat tetap indah. Setiap kata-kata menjadi pujaan. Siang dan malam tidak terasa. Makan dan minum tidak dikira. Bila bersama bahagia dihati. Masa yang ada harap diulang lagi. Semua itu hanya sementara. Bila hati sudah jemu tidak ingin dipandang lagi.

Apa aku peduli. Semua itu sudah tidak lagi kembali. Aku dan kau sudah pergi. Hanya tinggal dendam dihati.
Kau berenang dalam lautan bahagia. Apa kau ingat aku tak boleh berenang?? Walaupun terkapai-kapai aku tetap mencari destinasi. Agar diri menjadi yang pasti. Bukan lagi hidup dalam mimpi yang tak pasti.

"Dendam dan dendam"
"Benci dan benci"

Kadang-kadang benci muncul hingga dendam menyaluti tubuh. Sesak didalam lemah diluar. Hanya diri yang pasti mengenal keperitan dihati. Tidak sekali ku pasti diri akan sembuh. Jika kamu masih disitu. Terlalu sakit terlalu menderita. Pedih jiwa hati terluka. Tercalar hingga parut sukar disembuh.

"Redha..."
Bukan semua ini yang aku inginkan. Hitam hati dengan dendam dan benci. Redhakan diri ikhlaskan hati. Harap dapat menjadi INSAN SEJATI...

Friday, April 22, 2011

Jangan Kau Pandang Sebelah Mata

Hidup ini banyak ragam dan cabaran... banyak karenah banyak manusia..banyak manusia?? memang banyak pun..huhuhu..Cerita kali ni adalah tentang seorang insan yang pura2 sempurna...
Aku nak cerita pasal manusia yang pura2 sempurna dan menutup segala kekurangan diri dia.. dia sanggup menipu setiap insan yang berada disekeliling dia semata-mata ingin tampak sempurna di mata semua orang..hipokrit betul..Muka bukan main baik, sekali tgk suci bersih g2 dong..tp, hati xsiapa yang thu... Wallahhualam...
Kalau jumpa org macam ni mesti hidup kita xtenang kan?? menyampah kut dengan perangai hipokrit... mngada-ngada...eee..xsuka, xsuka..hahaha...kalau dh rasa diri tu serba kekurangan buat jer la serba kurang, xpayah la nak lebih-lebih ke apa ke...nanti xde orang nak kawan..kan susah macam tu..kalau sakit macam mana? kalau ada yang baik macam aku nie ok la, tolong gak panggil orang bawak ko pergi klinik, klau orang tu dah xsuka ko, tgk pun xnak, bukan ke ssah macam tu, nanti xpasal-pasal tengok2 dah berbau busuk dah...bau busuk xmandi k!! sebab  xblh bangun nak pergi bilik air...
So. pengajarannya...jadilah diri kamu sendiri k...
AKU ADALAH AKU...KAMU ADALAH KAMU...
p/s: kalau nk tgk org guna dua mata yang ada k!

Thursday, April 21, 2011

Kembar ke?? X kut...

Sahabat aku selamanya... Dulu hingga kini... Masih bersama...
Sama x muka kitaorg??? sama x, sama x?? hehehe.. Nie la sahabat baik aku... kitaorg membesar bersama.. segaja aku buat crta nie yg 1st sbb ak syg dia..ak syg shbt ak.. Dia la yg phm jiwa aku..phm ke?? phm kut..hehe.. Klau ktaorg xjmpa 1 hari..mmng ssah la..nk thu knp??? xnak thu? biar la, ak ttap nk crta... sbb kitaorg suka bercakap..klau xbckap bersama xblh..rsa lain jer mlut nie..byk bnda nk kongsi dgn shbat aku.. itu la ini la..msti kna bgtaw jgk, walaupun bnda 2 sbsar kuman seX pun.. shbat..smua kna kongi kn?? ya ke?? xsmua kut..hehe..

"Kembar ke?"

"Xla"

Kitaorg pasti tergelak klau da yg tnya mcm 2...iras sngt ke muka ktaorg nie??? myb lma dh kwn kut, sbb 2 la muka pun nak sama..klau kira, jari kaki, jari tgn..mmng byk thun la aku kwn dgn die.. sdih bersama, gembira bersama...
kitaorg minat sangat pakai baju warna sama... xde kembar boleh jadi kembar xpe..like this..huhuhu


Sama kn....???